DUA PENJAWAT AWAM DIREMAN BANTU SIASATAN RASUAH

08/05/2024 03:49 PM

LABUAN, 8 Mei (Bernama) -- Dua penjawat awam sebuah agensi penguatkuasaan direman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM4,800 dan RM15,000.

Kedua-dua lelaki berusia 39 dan 44 tahun yang dipercayai menerima rasuah supaya tidak memeriksa trak membawa muatan barang basah itu ditahan pada 6.30 petang semalam selepas merekodkan keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan.

Berdasarkan siasatan awal, perbuatan berkenaan disyaki dilakukan antara 2021 dan 2022.

Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad membenarkan perintah reman bermula hari ini hingga 12 Mei selepas menerima permohonan daripada pihak SPRM.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan