IMIGRESEN GEMPUR PUSAT PELACURAN, 24 PENDATANG TANPA IZIN DITAHAN

05/05/2024 11:24 PM

IPOH, 5 Mei (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 24 pendatang tanpa izin disyaki menjalankan pelacuran di sebuah pusat hiburan dan pusat pelacuran dalam Ops Gegar di sekitar Ipoh awal pagi tadi.

Pengarah JIM Perak Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 18 wanita warga Thailand, lima wanita Vietnam, dan seorang lelaki warga Thailand.

“Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 50 tahun. Kesemua warga asing yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia melebihi tempoh dibenarkan dan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kesemua ditahan di Depot Imigresen Ipoh untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Meor Hazbullah berkata tindakan tegas juga dikenakan terhadap mana-mana majikan atau individu yang menggaji atau melindungi pendatang asing termasuk pendakwaan di mahkamah.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan