TIGA DITAHAN DISYAKI LARIKAN, PUKUL LELAKI

05/05/2024 07:27 PM

KLUANG, 5 Mei (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul di Taman Lian Seng di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada orang awam pada 9.30 malam hari yang sama.

"Kesemua lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan di Jalan Ladang Nenas Simpang Renggam di sini dan sekitar kawasan Iskandar Puteri pada 1.15 pagi, semalam.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipukul menggunakan senjata tumpul seperti besi dan alatan bengkel motosikal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang mengalami luka seluruh badan termasuk retak pada dagu sedang dirawat di sebuah hospital. 

"Seorang daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau manakala kesemuanya negatif terhadap dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya dan menambah pihaknya sedang mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai turut terbabit kejadian itu.

Sebelum ini, tular beberapa rakaman video memaparkan kejadian berkenaan membabitkan beberapa individu yang dilihat memukul seorang lelaki. 

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan