JENAYAH & MAHKAMAH

OPS MOTOSIKAL: JPJ PULAU PINANG KELUAR 169 SAMAN, SITA 11 MOTOSIKAL

16/04/2024 09:22 PM

BUTTERWORTH, 16 April (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 169 saman dan menyita 11 motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Motosikal di Plaza Tol Lebuhraya Lingkaran Luar  Butterworth (BORR) di sini, semalam.

JPJ Pulau Pinang memaklumkan operasi sempena Ops Khas Perayaan itu bagi mengekang kegiatan rempit dan lumba haram di lokasi tersebut yang menjadi lokasi 'panas' bagi aktiviti berkenaan.

"Operasi bermula 11.30 malam Ahad hingga 5 pagi (semalam) itu dijalankan bersama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Majlis Bandaraya Seberang Perai," menurut hantaran di Facebooknya hari ini.

Selain itu, pihak JSPT IPD SPU turut mengeluarkan 15 notis saman manakala dua kompaun dan lima notis uji semula kenderaan dikeluarkan JAS. 

Antara kesalahan dikesan ialah pengubahsuaian motosikal melampau, tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, tidak pamer pelekat P dan tiada cermin sisi. 

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan