BELANJAWAN 2025 > BERITA

Mediasi UAE Berjaya Capai Pertukaran 370 Tawanan Rusia-Ukraine

06/06/2026 01:14 PM

ABU DHABI, 6 Jun (Bernama-WAM) -- Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan kejayaan usaha mediasi baharu antara Rusia dan Ukraine yang menyaksikan pembebasan 185 tawanan daripada setiap pihak, menjadikan jumlah keseluruhan tawanan yang ditukar menerusi usaha mediasi UAE meningkat kepada 7,471 orang.

Agensi Berita Emirates (WAM) melaporkan Kementerian Luar UAE (MoFA) memuji kerjasama kedua-dua negara terhadap usaha mediasi UAE sebagai pengantara antarabangsa yang dipercayai serta penghargaan mereka terhadap komitmen negara itu dalam menyokong semua usaha menyelesaikan krisis berkenaan.

Kementerian itu menegaskan kejayaan mediasi berkenaan, yang ke-24 setakat ini, mencerminkan hubungan istimewa antara UAE, Rusia dan Ukraine.

Selain itu, kementerian berkenaan mengulangi komitmen UAE untuk memastikan kejayaan semua usaha mencari penyelesaian aman terhadap konflik di Ukraine serta mengurangkan kesan kemanusiaan akibat krisis itu, termasuk terhadap pelarian dan tawanan.

-- BERNAMA-WAM

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan