BELANJAWAN 2025 > BERITA

Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Kepada 6,732 Orang Pagi Ini

28/02/2026 09:24 AM

KOTA KINABALU, 28 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 6,732 orang daripada 2,293 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 6,663 orang daripada 2,331 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan daerah Tenom menunjukkan trend peningkatan iaitu 4,500 orang daripada 1,507 keluarga, berbanding 4,345 orang daripada 1,467 keluarga semalam.

Tiga lagi daerah iaitu Beaufort masih kekal 1,462 orang daripada 467 keluarga, Membakut (441 orang, 173 keluarga) dan Sipitang (329 orang,146 keluarga).

Sebanyak 93 kampung di daerah Beaufort terjejas banjir, Tenom (46), Sipitang (22} dan Membakut (16).

Kesemua mangsa ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS), yang dibuka sejak Rabu lepas menjadikan keseluruhan penduduk di 177 kampung di empat daerah itu tidak dapat melakukan aktiviti harian masing-masing.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan