KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menitipkan doa agar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dikurniakan keafiatan yang berpanjangan serta dipermudah segala urusan rawatan.
Beliau turut mendoakan agar Seri Paduka Baginda segera beransur pulih dan dirahmati Allah SWT.
“Semoga Seri Paduka Baginda sentiasa berada di bawah lindungan, rahmat dan inayat Allah SWT dalam terus memayungi negara dan rakyat jelata. Daulat Tuanku,” katanya menerusi hantaran di X hari ini.
Menurut kenyataan Istana Negara hari ini, Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian belakang serta pinggul.
Istana Negara turut memaklumkan Yang di-Pertuan Agong dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberikan ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial