KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak hingga 6 petang ini.
Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 2.45 petang, kawasan yang terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) serta Sandakan (Telupid).
Keadaan sama diramalkan berlaku di Sarawak, iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Bintulu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial