PETALING JAYA, 26 Feb (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) menggesa penglibatan aktif rakan media bagi menyemarakkan momentum awal menjelang penganjuran Sukan SEA Malaysia 2027.
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata usaha membangkitkan suasana temasya dwitahunan itu perlu digerakkan lebih awal bagi memastikan penganjurannya berjalan lancar serta mencapai standard terbaik.
“Sekarang ini kita perlu wujudkan ‘hype’ Sukan SEA itu sendiri. Kerjasama dengan media diharapkan dapat terus dieratkan ke arah penganjuran temasya dwitahunan di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar bersama Media, di sini hari ini.
Dr Mohammed Taufiq berkata selain media, sokongan semua pihak berkepentingan turut diperlukan bagi memastikan kejayaan penganjuran.
“KBS akan cuba sebaik mungkin untuk menganjurkan Sukan SEA ini dan menjadikannya antara yang terbaik,” katanya.
Sukan SEA 2027 dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 29 Sept, dengan acara bakal diadakan di empat kluster iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial