SHAH ALAM, 25 Feb (Bernama) -- Jenama kecantikan dan kesihatan Asia Tenggara, Kinohimitsu, terus memperkukuh jaringan kerjasama apabila menghimpunkan hampir 200 rakan strategik dalam Majlis Iftar Bersama Kinohimitsu 2026 yang berlangsung di sebuah hotel di sini.
Majlis itu menjadi platform penghargaan kepada rakan niaga yang menyokong pertumbuhan jenama berkenaan di pasaran tempatan, selain memperkukuh hubungan strategik bagi memperluas kerjasama pada masa akan datang.
Pada acara tersebut, para tetamu turut diberi pendedahan mengenai rangkaian produk utama Kinohimitsu seperti Collagen Diamond, Prowhite, WellSure dan Bird’s Nest yang menekankan inovasi berasaskan sains pemakanan serta kualiti bahan.
Antara tetamu yang hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Kino Biotech (M) Sdn Bhd Dr Jennifer Chin, Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Laut Puan Sri Zamzelina Ahmad serta Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks dan Primeworks Studios Nini Yusof.
Turut memeriahkan majlis ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia (IRM) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Presiden Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (Wawasanita) Dr Norli @ Norlaili Alias.
Majlis yang berlangsung dalam suasana mesra itu diakhiri dengan sesi cabutan bertuah sebagai tanda penghargaan kepada rakan strategik yang hadir.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial