BELANJAWAN 2025 > BERITA

Mangsa Banjir Di Sabah Meningat Kepada 2,616 Orang Petang Ini

25/02/2026 05:29 PM

KOTA KINABALU, 25 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 2,616 orang setakat 4 petang ini ekoran empat lagi daerah dilanda banjir hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan lima daerah di Sabah kini terjejas banjir, iaitu Membakut, Sipitang, Sook, Beaufort, dan Pitas.

"Sebanyak 10 PPS dibuka setakat ini, iaitu satu PPS di Membakut yang menempatkan 211 mangsa, satu PPS di Beaufort (359 mangsa), satu PPS di Sook (73 mangsa), dan dua PPS di Sipitang (196 mangsa).

"Lima lagi telah dibuka di Pitas dan mangsa banjir meningkat kepada 1,777 orang pada 4 petang ini berbanding 1,695 orang, tengah hari tadi," menurut kenyataan itu.

Sebanyak 140 kampung terjejas di kelima-lima daerah berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan