BELANJAWAN 2025 > BERITA

Menteri Kewangan Pihak Berkuasa Palestin Adakan Lawatan Rasmi Ke Singapura

23/02/2026 11:00 AM

SINGAPURA, 23 Feb (Bernama) -- Singapura akan menjadi tuan rumah kepada Menteri Kewangan dan Perancangan Pihak Berkuasa Palestin (PA), Dr Estephan Salameh yang dijadual mengadakan lawatan rasmi ke republik itu dari 22 hingga 25 Feb 2026, menurut Kementerian Luar.

Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan bahawa lawatan berkenaan adalah atas jemputan Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan, sekali gus mengesahkan hubungan akrab Singapura dengan PA serta sokongan berterusan terhadap usaha pembangunan kapasiti pihak berkuasa itu.

Sepanjang lawatan berkenaan, Salameh akan diraikan dalam majlis makan malam berasingan oleh Balakrishnan dan Menteri Negara bagi Kementerian Luar merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, Zhulkarnain Abdul Rahim.

"Beliau juga akan bertemu dengan Ibrahim serta Menteri Negara bagi Kementerian Kesihatan merangkap Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital, Rahayu Mahzam.

"Selain itu, Salameh akan melawat Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan diberikan taklimat mengenai dasar pendidikan serta pembangunan digital Singapura," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan