BELANJAWAN 2025 > BERITA

Sze Fei-Nur Izzuddin Tamat Kemarau Juara, Rangkul Gelaran Masters Indonesia 2026

25/01/2026 06:33 PM

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menamatkan kemarau kejuaraan sejak kali terakhir menjuarai Terbuka India pada Januari tahun lalu apabila merangkul gelaran Masters Indonesia 2026 di Jakarta, hari ini.

Gandingan ranking kesembilan dunia itu menampilkan permainan berkualiti untuk menundukkan pasangan tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-19, 21-13 dalam tempoh 37 minit pada aksi final yang berlangsung di Istora Senayan.

Kejayaan itu sekali gus melengkapkan gelaran hatrik buat Malaysia pada kejohanan berkenaan selepas kejayaan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah sebentar tadi.

Ia juga merupakan gelaran pertama Sze Fei-Nur Izzuddin pada tahun ini selepas terkandas di pusingan kedua Terbuka Malaysia dan Terbuka India, awal bulan ini.

Selaku juara. Sze Fei-Nur Izzuddin membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD39,500 (RM158,217) manakala Raymond-Nikolaus terpaksa berpuas hati dengan USD19,000 (RM76,104).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan