BELANJAWAN 2025 > BERITA

Hannah Serah Tugas Menteri Belia Dan Sukan Kepada Dr Mohammed Taufiq

19/12/2025 02:46 PM

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Hannah Yeoh menyerahkan tugas secara rasmi kepada Menteri Belia dan Sukan baharu Dr Mohammed Taufiq Johari di Bangkok, Thailand hari ini, susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI pada Selasa lepas.

Majlis itu diadakan Bangkok bersempena dengan temasya Sukan SEA Thailand 2025 dan turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Nagulendran Kangayatkarasu, pengurusan tertinggi kementerian, Presiden Majlis Olimpik Malaysia serta wakil kontinjen Malaysia.

Hannah kini bertukar portfolio dan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), manakala Dr Mohammed Taufiq merupakan muka baharu yang dilantik sebagai menteri.

Menerusi kenyataan KBS hari ini, Hannah merakamkan penghargaan kepada warga kementerian, agensi di bawah KBS serta semua pihak berkepentingan atas kerjasama dan sokongan sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan baharu kementerian untuk meneruskan agenda pembangunan belia dan sukan negara.

Sementara itu, Dr Mohammed Taufiq menzahirkan komitmen untuk meneruskan kesinambungan dasar dan program kementerian dengan penekanan terhadap kebajikan atlet, sokongan kepada kontinjen Malaysia yang sedang beraksi pada temasya sukan berkenaan serta memperkasakan hal ehwal pembangunan belia.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan