Daripada Amiril Muttaqien Meketar
BANGKOK, 11 Dis (Bernama) -- Gimmas negara Rachel Yeoh Li Wen berjaya mengekalkan pingat emas acara palang bertingkat pada Sukan SEA Thailand 2025 di Pathum Thani, hari ini.
Atlet berusia 26 tahun itu mempersembahkan rutin mantap bernilai 13.300 mata pada aksi akhir di Gimnasium 5, Kampus Rangsit, Universiti Thammasat.
Beliau menewaskan wakil Filipina., Heylee Garcia yang meraih 12.300 mata, manakala Colleen Hong dari Singapura membawa pulang gangsa dengan 10.933 mata.
Keputusan ini datang kerana saya mengekalkan rentak sendiri dan tidak terlalu memikirkan pesaing,” kata Rachel kepada Bernama.
Atlet kelahiran Pulau Pinang itu, yang pernah bergelut dengan pelbagai kecederaan sepanjang karier, berkata kemenangan itu dijangka tetapi tetap bermakna.
“Saya sangat gembira dan memang sudah menjangka menang. Hari ini saya hanya berlawan dengan diri sendiri,” katanya.
Rachel menegaskan dia tidak berhasrat untuk perlahan, sebaliknya komited untuk beraksi sehingga Sukan SEA Malaysia 2027, selagi kesihatan mengizinkan.
Namun, cita-cita terbesarnya adalah di pentas lebih besar.
Atlet yang memenangi emas acara palang bertingkat dan batang titian pada Sukan SEA Vietnam 2021 berkata sasaran jangka panjangnya ialah layak ke Sukan Olimpik pertama di Los Angeles pada 2028.
Acara gimnastik wanita tidak dipertandingkan pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial