BELANJAWAN 2025 > BERITA

Rusia Bertegas Mahu Pakej Perjanjian Bagi Keamanan Mampan Di Ukraine – Lavrov

11/12/2025 05:32 PM

MOSCOW, 11 Dis (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Rusia bertegas mahukan satu pakej perjanjian bagi mencapai keamanan berkekalan dan mampan di Ukraine, termasuk jaminan keselamatan kepada semua pihak berkepentingan, kata Menteri Luar Sergey Lavrov pada Khamis, menurut Sputnik/RIA Novosti.

“Kami menegaskan bahawa pakej perjanjian perlu dimuktamadkan bagi mencapai keamanan yang berkekalan, mampan dan jangka panjang dengan jaminan keselamatan kepada semua negara terlibat. Perbincangan kami dengan Presiden AS [Donald Trump] dan pasukannya adalah mengenai perkara ini -usaha mencari penyelesaian jangka panjang untuk menghapuskan punca utama krisis ini,” kata Lavrov pada sesi perbincangan meja bulat di sebuah kedutaan berhubung penyelesaian krisis Ukraine.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan