BELANJAWAN 2025 > BERITA

China Jayakan Penerbangan Sulung Dron Bersaiz Besar 'Jiutian'

11/12/2025 03:08 PM

PUCHENG, 11 Dis (Bernama-CMG) -- Penerbangan sulung dron bersaiz besar “Jiutian” berjaya dilaksanakan di sini pada Khamis, menurut Kumpulan Industri Penerbangan China.

Pencapaian itu menandakan kemajuan signifikan dalam pembangunan teknologi dron bersaiz besar negara itu.

Dron Jiutian yang berkonsepkan 'platform serba guna + muatan misi modular' ini direka oleh Institut Penyelidikan Reka Bentuk Pesawat Pertama Industri Penerbangan atas mandat Syarikat Teknologi Peralatan Tanpa Pemandu Shaanxi.

Dron terbabit berukuran 16.35 meter dan selebar 25 meter (dikira dari kedua-dua hujung sayap) mengungguli tangga teratas dalam ranking global, disokong oleh pelbagai indeks kualiti premium seperti keberatan maksimum ketika berlepas (Maximum Take-Off Weight, MTOW) mencapai 16 tan, kapasiti muatan maksimum mencatat 6,000 kilogram, masa penerbangan maksimum mencecah 12 jam dan jarak penerbangan transit yang boleh mencecah 7,000 kilometer.

Dron berkenaan boleh digunakan dalam pelbagai sektor awam, termasuk pengangkutan kargo berat dan penghantaran logistik berketepatan tinggi ke kawasan pedalaman serta kepulauan.

Ia juga mampu membantu memulihkan telekomunikasi dengan cepat dalam misi penyelamatan kecemasan, menyampaikan peralatan bantuan bencana, selain menyediakan perkhidmatan pengukuran dan pemetaan geografi, penilaian bencana dan tinjauan sumber mineral.

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan