BELANJAWAN 2025 > BERITA

China Gesa Percepat Selesaikan Isu Palestin Secara Damai

03/12/2025 03:15 PM

NEW YORK, 3 Dis (Bernama-CMG)  -- China menggesa supaya usaha dilakukan untuk mempercepat penyelesaian isu Palestin menerusi pendekatan politik.

Gesaan itu dibuat Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Sun Lei semasa mesyuarat sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Selasa.

Dilaporkan, UNGA menerima pakai resolusi mengenai penyelesaian damai isu Palestin, dengan 151 undi menyokong termasuk China, 11 menentang termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Israel, manakala 11 lagi berkecuali.

Sun menyeru agar pihak-pihak terbabit mematuhi perjanjian gencatan senjata secara menyeluruh, sambil mendesak pihak pengantara mengambil langkah lebih berkesan untuk memastikan perjanjian berkenaan dapat dilaksanakan.

Beliau mengulangi pendirian China berhubung keperluan untuk menjunjung prinsip ‘’rakyat Palestin mentadbir Palestin’’ serta menggerakkan pembinaan semula dan pentadbiran Gaza pasca konflik.

Duta China itu turut menambah, komuniti antarabangsa harus meneroka pendekatan yang boleh laksana untuk memajukan pelaksanaan ‘’penyelesaian dua negara’’, serta menyokong Palestin menubuhkan sebuah negara merdeka seawal mungkin dan menjadi anggota penuh PBB.

--BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan