BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kerajaan Pahang Peruntuk RM10 Juta Hadapi Monsun Timur Laut – MB

29/10/2025 11:22 AM

KUANTAN, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026, termasuk penghantaran awal bantuan ke 167 pangkalan hadapan di seluruh negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata daripada jumlah itu, RM3.3 juta diagihkan hari ini untuk penghantaran pertama barangan bantuan makanan kering seberat kira-kira 230 tan, yang akan dilaksanakan dalam tempoh 17 hari.

“Penghantaran bantuan ini adalah seperti biasa dilakukan kerajaan negeri kerana banjir ini berlaku setiap tahun. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat baru-baru ini menjangkakan hujan lebat akan berlaku pada awal Januari tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Flag-off Misi Penghantaran Barang Keperluan Makanan Kering ke Pangkalan Hadapan Peringkat Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Beliau berkata penghantaran bantuan akan bermula di daerah Rompin sebelum diteruskan ke daerah lain, melibatkan keseluruhan 11 daerah di negeri ini.

“Saya telah meninjau sendiri barangan bantuan yang dihantar dan semuanya berada dalam keadaan baik serta mempunyai tarikh luput yang panjang,” katanya. 

Barang keperluan makanan kering tersebut merangkumi beras, minyak masak, gula, garam, kari ayam tin, sardin, kopi, teh, dan biskut.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan