BELANJAWAN 2025 > BERITA

Polis P. Pinang Sasar 3,000 Sertai Acara Kayuhan Solidariti

17/10/2025 02:42 PM

GEORGE TOWN, 17 Okt (Bernama) -- Polis Pulau Pinang menyasarkan penyertaan lebih 3,000 peserta dari dalam dan luar negara pada Penang 2nd Bridge Polis Diraja Malaysia (PDRM) Solidarity Fun Ride 2026 pada 3 Jan tahun hadapan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata edisi keenam acara berbasikal waktu malam di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah itu memberi pengalaman tersendiri beriadah di jambatan terpanjang negara dalam suasana penuh semangat, sihat dan selamat.

“Program itu juga bertujuan meningkatkan kerjasama polis dengan masyarakat melalui sukan dan kempen pencegahan jenayah, dengan hampir 1,000 peserta telah mendaftar setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kontinjen Pulau Pinang dan majlis peluncuran program itu di sini hari ini.

Azizee berkata program kayuhan sejauh 52 kilometer itu bermula pada 9.30 malam di Queensbay Mall,  Bayan Baru dan peserta akan kembali semula ke garisan penamat di pusat beli-belah tersebut.

“Semua peserta akan menerima jersi rasmi, beg goodies, baju finisher, tuala dan gelang tangan serta pingat selain pelbagai hadiah menarik turut ditawarkan pada program itu,” katanya.

Mereka berminat boleh mendaftar menerusi https://www.gosportz.my/index.php/upcoming-events/pdrm-penang-international-2nd-bridge-solidarity-fun-ride-2026-event dan tarikh tutup penyertaan pada 15 Nov.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan