BELANJAWAN 2025 > BERITA

HSN 2025 Di Beijing Kukuhkan Perpaduan, Gaya Hidup Sihat Rakyat Malaysia Di Perantauan - Duta

11/10/2025 06:29 PM

BEIJING, 11 Okt (Bernama) -- Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 di Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menjadi wadah mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia di perantauan, selain membudayakan amalan hidup sihat, kata Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad.

Beliau berkata penganjuran HSN 2025 di kedutaan telah memperkukuh semangat kekitaan dan juga  menyerlahkan budaya hidup aktif dan harmoni yang menjadi identiti negara.

“Semoga HSN 2025 menjadi pemangkin kepada gaya hidup cergas, perpaduan lebih kukuh dan semangat juang yang tinggi demi Malaysia tercinta,” katanya ketika merasmikan HSN 2025 di Kedutaan Besar Malaysia di Beijing pada Sabtu. 

Antara aktiviti yang diadakan termasuk senamrobik, pertandingan badminton, ping pong serta buat julung kalinya pertandingan e-games FC25. Selain itu,  kaunter khidmat “traditional Chinese medicine” (TCM) disediakan.

Hampir 120 rakyat Malaysia termasuk warga kedutaan bersama keluarga, pelajar dan diaspora Malaysia, hadir memeriahkan acara berkenaan.

Hari Sukan Negara disambut pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober sejak 2015 bagi membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif. 

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan