ISTANBUL, 9 Okt (Bernama-Anadolu) -- Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa di Semenanjung Gaza pada Khamis selepas usaha pengantaraan yang berterusan dan intensif bagi menamatkan konflik selama dua tahun di wilayah Palestin itu.
"Perjanjian telah dicapai untuk melaksanakan gencatan senjata dan menamatkan konflik di Gaza selepas dua tahun penderitaan, selaras dengan pelan damai yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump," kata Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dalam satu kenyataan, lapor Anadolu Ajansi.
Penyiar awam Israel, KAN mengesahkan bahawa perjanjian gencatan senjata itu telah berkuat kuasa di wilayah berkenaan.
Bagaimanapun, Channel 12 Israel yang memetik sumber di pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, melaporkan bahawa gencatan senjata itu "hanya akan berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan kerajaan."
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial