BELANJAWAN 2025 > BERITA

Beijing Lancar Pelan  Pembaikpulihan Tapak Bersejarah “Paksi Tengah”

29/07/2025 04:39 PM

BEIJING, 29 Julai (Bernama-CMG) -- Bandar raya Beijing melancarkan pelan tindakan tiga tahun (2025-2027) mengenai perlindungan dan pewarisan “Paksi Tengah Beijing” pada 27 Julai.

Ketua Biro Warisan Sejarah Bandar Raya Beijing, Zhang Lixin berkata, pelan tindakan itu menetapkan lima aspek utama merangkumi 45 kerja penting, termasuk memperkukuh perlindungan menyeluruh dan sistematik “Paksi Tengah Beijing”, meningkatkan keupayaan pengurusan perlindungan, memperkukuh pewarisan dan penggunaan, mendorong penyebaran budaya dan kerjasama interaksi serta langkah-langkah jaminan berkenaan.

Sejak “Paksi Tengah Beijing” berjaya diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 27 Julai tahun lepas, Beijing terus memperbaiki persekitaran hidup di sekitar kawasan itu, mengetengahkan fungsi kemudahan kebudayaan daripada muzium, galeri seni dan ruang tamu bandar raya.

Dengan semakin ramai pelancong yang mengunjungi tarikan dan bangunan bersejarah di sepanjang “Paksi Tengah Beijing”, taraf perkhidmatan pelancongan akan ditingkatkan lagi.

Menurut pelan tindakan tiga tahun itu, rancangan khusus akan ditetapkan untuk pembangunan perkhidmatan pelancongan, sementara langkah pentadbiran pelancongan yang mampan akan dilaksanakan.

– BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan