SHANGHAI, 29 Julai (Bernama-CMG) -- China terus mendominasi pembangunan model kecerdasan buatan (AI) berskala besar di peringkat global dengan sebanyak 1,509 model dilancarkan setakat ini, menurut data yang dikemukakan pada Persidangan AI Sedunia (WAIC) 2025.
Negara itu menyaksikan pertumbuhan pesat dalam industri AI, disokong oleh sistem perindustrian yang lengkap merangkumi industri asas dan pengaplikasian.
Data pemantauan dari Akademi Maklumat dan Teknologi Komunikasi China (CAICT) menunjukkan lebih 35,000 syarikat AI di peringkat global dan lebih 5,100 daripadanya atau 15 peratus berpangkalan di China.
Selain itu, China turut mencatat kehadiran 71 syarikat 'unicorn' AI, iaitu 26 peratus daripada keseluruhan 271 syarikat unicorn AI di dunia.
Pada masa yang sama, jumlah perusahaan yang tersenarai dalam bursa saham melebihi 300 di China, menyumbang kira-kira 70 peratus kepada pendapatan keseluruhan industri AI di negara itu, menurut CAICT.
Inovasi oleh syarikat 'unicorn' AI merangkumi pelbagai sektor utama termasuk model besar, pemanduan autonomi, kecerdasan robotik, aplikasi kecerdasan komersial dan cip pengkomputeran AI.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial