BELANJAWAN 2025 > BERITA

Tunku Idris Iskandar Lawat Perpustakaan Terapung ‘Doulous Hope’

26/07/2025 08:32 PM

LABUAN, 26 Julai (Bernama) -- Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim berkenan mengunjungi perpustakaan terapung ‘MV Doulos Hope’ yang kini berlabuh di Dermaga Liberty Labuan.

Lawatan itu bertujuan meninjau kapal berkenaan yang dalam misi mempromosi literasi, pertukaran budaya merentas sempadan dan mendekati komuniti.

Tunku Idris Iskandar turut berkenan menerima cenderahati istimewa daripada Pengarah Doulos Hope Nidhin Sebastian.

Kapal Doulos Hope mencuri tumpuan orang ramai apabila menerima hampir 25,000 pengunjung sejak tiba pada awal Julai.

Penganjuran program itu juga turut mendapat pujian kerana merancakkan aktiviti kebudayaan dan ekonomi di pulau berkenaan.

Tunku Idris Iskandar turut melawat kapal peronda luar pesisir KD Kedah milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta meluangkan masa beramah mesra bersama kru kapal berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan