BELANJAWAN 2025 > BERITA

Terbuka China 2025: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah Mara Ke Separuh Akhir

25/07/2025 10:02 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2025 di Changzhou selepas menewaskan pasangan senegara pada aksi suku akhir hari ini.

Pilihan kedua kejohanan itu menampilkan aksi bertenaga untuk menundukkan Man Wei Chong-Tee Kai Wun 21-16, 21-16 di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, sekali gus menjadikan rekod pertemuan mereka kepada 4-3. 

Aaron-Wooi Yik dijadualkan berdepan gandingan dari India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, yang sebelum itu menyingkirkan satu lagi wakil Malaysia Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-18, 21-14.

Turut mengiringi mereka ke kelompok empat terbaik ialah beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah, yang menampilkan aksi konsisten untuk menewaskan pasangan Jepun Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 21-16, 21-12.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu akan berdepan beregu tuan rumah Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, namun Pearly-Thinaah hanya menang sekali daripada empat pertemuan menentang pasangan China berkenaan. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan