KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Cabaran Malaysia dalam saingan individu Kejohanan Badminton Remaja Asia 2025 berakhir sepenuhnya hari ini apabila semua wakil negara terkandas di peringkat suku akhir di Solo, Indonesia.
Harapan tinggi disandarkan kepada naib juara kejohanan remaja dunia edisi lepas, beregu wanita Dania Sofea Zaidi-Low Zi Yu tidak menjadi kenyataan apabila mereka terpaksa akur tewas kepada gandingan China, Cao Zi Han-Chen Fan Shu Tian, 19-21, 12-21 dalam masa 42 minit.
Pertemuan itu merupakan perlawanan sulung antara kedua-dua pasangan.
Dua lagi pasangan negara dalam kategori beregu campuran turut menerima nasib sama.
Loh Ziheng-Noraqilah Maisarah Ramdan tewas straight set kepada pasangan tuan rumah, Ikhsan Lintang Pramudya-Rinjani Kwinara Nastine, 18-21, 12-21.
Sementara itu, gandingan Datu Anif Isaac Datu Asrah-Dania Sofea turut kecundang di tangan pasangan China, Chen Jun Ting-Cao Zi Han, 23-21, 7-21, 13-21.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial