BELANJAWAN 2025 > BERITA

Tragedi Pesawat Terhempas Di Rusia: PM Anwar Zahir Ucapan Takziah

25/07/2025 12:04 AM

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terjejas akibat nahas pesawat AN-24 yang terhempas di Wilayah Amur, Rusia hari ini.

“Saya berasa amat dukacita apabila menerima perkhabaran mengenai insiden pesawat terhempas di Wilayah Amur, Rusia. Doa dan ingatan saya bersama keluarga yang kehilangan orang tersayang.

“Dalam saat-saat sukar seperti ini, kita diingatkan betapa rapuhnya kehidupan serta betapa kita saling terkait merentasi jarak dan sempadan. Ia juga mengingatkan kita bahawa nilai kemanusiaan yang dikongsi bersama jauh lebih penting daripada geopolitik,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar turut menyatakan bahawa Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Rusia dan berdiri dalam solidariti bersama mereka yang sedang berkabung.

Pesawat itu dilaporkan terbakar semasa fasa penurunan dan tiada mangsa yang terselamat dalam tinjauan udara di lokasi nahas.

Pesawat malang itu membawa 46 penumpang termasuk dua kanak-kanak dan enam kru. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan