BELANJAWAN 2025 > BERITA

WUG 2025: Kem Renang Lebur Rekod Kebangsaan

23/07/2025 08:34 AM

Daripada Ahmad Nazrin Syahmi Mohamad Arif

ESSEN (Jerman), 23 Julai (Bernama) -- Kuartet renang lelaki negara menampilkan aksi terbaik untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam final 4x200 meter (m) gaya bebas Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 di Schwimm- und Sprunghalle im Europasportpark, Berlin, di sini.

Kuartet yang dibarisi Khiew Hoe Yean, Arvin Shaun Singh Chahal, Lim Yin Chuen dan Tan Khai Xin mencipta masa 7 minit 19.66 saat (s) ketika menamatkan perlumbaan di tempat keenam.

Catatan dilakukan mereka memadam rekod lama 7:19.75s yang dilakukan Welson Sim, Yin Chuen, Arvin dan Hoe Yean pada Sukan SEA Hanoi 2022.

Amerika Syarikat merangkul emas selepas memecahkan rekod temasya dengan catatan 7:04.51s, perak menjadi milik Atlet Neutral Individu (7:08.33s) dan Jepun membawa pulang gangsa (7:09.47s).

Kem renang menjadi sukan yang menyumbang pingat tunggal kontinjen negara setakat ini menerusi Hoe Yean dalam acara 400m gaya bebas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan