KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Beregu lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri tumpas seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka China 2025 yang berlangsung di Changzhou hari ini.
Gandingan ranking ke-53 dunia itu ditunjukkan jalan keluar dari kejohanan Super 1000 tersebut oleh beregu ranking ke-210 dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri 11-21, 10-21 dalam tempoh 23 minit.
Dalam saingan perseorangan lelaki, Leong Jun Hao mudah melangkah ke pusingan kedua apabila menewaskan wakil Jepun, Kenta Nishimoto 21-15, 21-18.
Lawan Jun Hao di pusingan kedua esok ialah pilihan pertama kejohanan dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn.
Terdahulu, beregu campuran negara Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien mara ke pusingan seterusnya apabila bangkit dalam pertembungan tiga set menentang gandingan India, Rohan Kapoor-Ruthvika Shivani Gadde 25-27, 21-16, 21-14.
Pasangan negara itu berdepan tugas getir apabila dijadual menentang gandingan tuan rumah yang juga pilihan pertama kejohanan, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping esok.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial