BELANJAWAN 2025 > BERITA

Hujan Lebat, Tanah Runtuh Di Korea Selatan, Angka Korban Meningkat Kepada 19 Orang

22/07/2025 05:21 PM

SEOUL, 22 Julai (Bernama-Yonhap) -- Satu lagi kematian disahkan berikutan hujan lebat dan kejadian tanah runtuh minggu lepas, menjadikan jumlah korban terkini meningkat kepada 19 orang, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik kenyataan kerajaan pada Selasa.

Sembilan lagi penduduk masih dilaporkan hilang, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut atau belum ditemukan akibat hujan lebat antara Rabu hingga Ahad lepas kepada 28 orang, menurut data awal Kementerian Dalam Negeri.

Mangsa yang terkorban termasuk 10 di daerah selatan Sancheong, tiga di daerah utara Gapyeong dan dua di bandar barat Seosan, menurut kementerian.

Empat daripada mangsa yang hilang dilaporkan di Sancheong manakala empat lagi di Gapyeong.

Pihak berkuasa telah mempercepat usaha pemulihan, dengan kira-kira 2,976 daripada 6,752 bangunan dan kemudahan yang rosak telah menjalani kerja pemulihan kecemasan.

Lebih 14,000 orang telah berpindah ke tempat selamat sejak hujan lebat bermula dengan 2,549 orang masih belum dapat pulang ke kediaman masing-masing.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan