BELANJAWAN 2025 > BERITA

Unit Sunway Peroleh Kontrak Pembangunan Kediaman Bernilai S$703.6 Juta Di Singapura

17/07/2025 09:30 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar Singapura menganugerahkan tanah seluas 1.58 hektar di Chuan Grove, Singapura, kepada Sing Holdings Residential Pte Ltd (SHRPL) dan Sunway Developments Pte Ltd (SDPL) bagi cadangan projek pembangunan kediaman.

Ia susulan kejayaan tender bersama oleh kedua-dua syarikat tersebut. 

Sunway Bhd menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kontrak itu melibatkan pajakan selama 99 tahun bagi pembangunan kediaman bernilai S$703.6 juta (kira-kira RM2.33 billion).

SDPL adalah anak syarikat milik penuh Sunway Holdings Sdn Bhd, yang seterusnya dimiliki sepenuhnya oleh Sunway Bhd.

"SHRPL dan SDPL akan membentuk sebuah syarikat usaha sama --  dengan memegang kepentingan ekuiti dalam nisbah 65:35 pada peringkat kemudiannya -- untuk melaksanakan pembangunan tanah itu," kata Sunway.

Cadangan pembangunan itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan Kumpulan Sunway mulai tahun kewangan berakhir 31 Dis 2026 dan seterusnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan