BELANJAWAN 2025 > BERITA

Lavrov, Rubio Bertemu Di Luar Sidang Kemuncak Asia Timur Di KL

11/07/2025 03:03 PM

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama-TASS) -- Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio mengadakan pertemuan ringkas di sela-sela Sidang Kemuncak Asia Timur di Kuala Lumpur, lapor agensi berita Rusia, TASS.

Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini mengadakan perbincangan komprehensif pada 10 Julai, yang berlangsung kira-kira satu jam.

Bagaimanapun, pertemuan pada Jumaat hanya pertemuan singkat dan bersifat santai.

Rakaman yang dikeluarkan Kementerian Luar Rusia memaparkan suasana mesra antara kedua-dua pemimpin, dengan Lavrov kelihatan tersenyum manakala Rubio menepuk bahunya.

Mereka turut dilihat berjabat tangan sebelum mengakhiri pertemuan itu.

-- BERNAMA-TASS

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan