Oleh Samantha Tan
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) telah menggerakkan usaha diplomatik bagi membolehkan Presiden Donald Trump menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.
Setiausaha Negara AS Marco Rubio berkata pentadbiran AS sedang berusaha untuk memuktamadkan tarikh yang sesuai bagi penglibatan Trump dalam mesyuarat peringkat tinggi yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
“Kami sedang berusaha menetapkan tarikh untuk perkara itu (kehadiran Trump), sudah tentu,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur pada Khamis ketika ditanya kemungkinan Trump akan bersama pemimpin serantau pada Sidang Kemuncak ASEAN.
Rubio kini berada di ibu negara untuk menghadiri mesyuarat peringkat tinggi ASEAN bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) yang dihoskan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025.
Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 juga dijadualkan berlangsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober.
Kali terakhir Presiden AS menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS di Kuala Lumpur adalah Barack Obama pada November 2015.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial