BELANJAWAN 2025 > BERITA

KBS Pantau Rapat Situasi Zii Jia

09/07/2025 06:45 PM

PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang memantau rapat situasi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii yang sebelum ini mencetus kontroversi berhubung kesihatan mentalnya.

Timbalan Menterinya Adam Adli Abdul Halim berkata pihaknya bersedia untuk membantu pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 itu sekiranya beliau benar mengalami masalah kesihatan mental.

“Jika Zii Jia berada dalam situasi yang mana beliau memerlukan bantuan atau sokongan, kita sangat bersedia dan kita sudah pun maklumkan dari awal bahawa kita bersedia untuk bantu. 

“Jika isunya adalah soal tekanan perasaan, kita perlu beri ruang yang sebaik-baiknya kepada beliau sendiri hingga beliau bersedia untuk berkongsi,” katanya.

Adam Adli berkata demikian kepada media selepas majlis Praperasmian Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) dan Prapeluncuran KBS Masters Games 2025 hari ini.

Sebelum ini, Zii Jia mencetuskan tanda tanya mengenai tahap kesihatan mental beliau apabila memuat naik hantaran gambar lukisan yang berkemungkinan mempunyai unsur kemurungan di akaun instagram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan