BELANJAWAN 2025 > BERITA

Fasa Akhir RMK13 Diperhalusi, Fokus Pembangunan Desa – Ahmad Zahid

09/07/2025 06:39 PM

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Fasa akhir perancangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sedang giat diperhalusi bagi memastikan agenda pembangunan desa terus diberikan perhatian dengan peruntukan sewajarnya, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memaklumkan pertemuan telah dilakukan bersama delegasi Kementerian Ekonomi diketuai oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bagi membincangkan perkara tersebut.

Pada 27 Jun lepas, diumumkan bahawa Amir Hamzah diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi. 

Ahmad Zahid berkata RMK13 yang bakal dibentangkan kelak akan menjadi pemangkin utama pembangunan negara merangkumi keperluan semua lapisan rakyat.

“Ia termasuk komuniti desa, agenda TVET, industri halal dan pengurusan bencana yang menjadi antara tunjang kekuatan dan kemakmuran negara.

“Insya-Allah, segala yang dibincangkan hari ini akan diteliti sebaiknya demi merangka dasar yang benar-benar memberi impak menyeluruh, bersifat inklusif, mampan dan berorientasikan rakyat,” menurut hantaran tersebut.

 --BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan