KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.18 dan RM2.05 seliter manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia naik tiga sen kepada RM2.88 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Julai.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Menurut kenyataan itu, penetapan kadar berkenaan berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.
MOF memaklumkan kerajaan juga akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial