BELANJAWAN 2025 > BERITA

Transformasi Ekonomi Berasaskan Sumber Perlu Ditingkatkan - Presiden Xi

09/07/2025 02:53 PM

TAIYUAN, 9 Julai (Bernama - CMG) -- Perhebatkan usaha untuk mendorong transformasi dan pembangunan ekonomi yang berasaskan sumber di Shanxi, kata Presiden China Xi Jinping ketika mengadakan tinjauan di provinsi berkenaan dari 7 hingga 8 Julai lepas.

Xi menegaskan betapa pentingnya untuk menaik taraf industri arang batu di samping memastikan jaminan bekalan arang batu untuk tujuan penjanaan tenaga elektrik.

Pada masa sama, usaha perlu ditingkatkan untuk membina pangkalan bahan mentah tenaga penting yang bertahap tinggi di China, selain membangunkan kuasa angin, penjanaan elektrik dengan kuasa fotovoltaik, dan tenaga hidrogen bagi membentuk sistem tenaga baharu.

Selain itu, usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan transformasi dan menaik taraf  industri tradisional bagi membentuk sistem perindustrian moden yang mempunyai keistimewaan tempatan dan kelebihan sendiri di Shanxi.

Xi menegaskan bahawa keselamatan dan kestabilan perlu diutamakan dalam usaha mendorong transformasi dan pembangunan.

Pelbagai pihak berkenaan dikehendaki memberi tumpuan kepada pertambahan peluang pekerjaan, perkembangan perusahaan, kestabilan pasaran, selain menjamin kesejahteraan rakyat dan memastikan kehidupan asas penduduk yang menghadapi kesukaran.

Di samping itu, usaha menambah baik persekitaran gunung, sungai, udara dan bandar perlu dilakukan secara bersepadu.

Xi juga mahu pelbagai pihak berkaitan agar meningkatkan kawalan dan pencegahan penggurunan dan hakisan tanah, mendorong penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon bagi industri utama, dan menjalankan pemuliharaan ekologi di kawasan perlombongan bagi menjaga keselamatan ekologi setempat.

– BERNAMA - CMG

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan