BELANJAWAN 2025 > BERITA

Unit Udara Bomba Bawa Wanita Orang Asli Ke Hospital

08/07/2025 02:36 PM

GUA MUSANG, 8 Julai (Bernama) -- Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang wanita Orang Asli dari Kampung Tendrik, Pos Simpor ke Hospital Gua Musang semalam.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Amir Fitri Salim berkata Abong Busu, 54, mengalami sakit perut, sakit belakang dan kepala serta tidak boleh bangun sejak empat hari lepas.

“Helikopter Mi-17-IV berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Selangor pada 11.20 pagi dan tiba di Kampung Tendrik, Pos Bihai pada 12.40 tengah hari.

“Abong terpaksa diusung ke dalam helikopter kerana berada dalam keadaan lemah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita berkenaan kemudian diserahkan kepada pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang untuk dibawa ke hospital.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan