KAHERAH, 6 Julai (Bernama-QNA) -- Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty, dalam satu panggilan telefon pada Ahad bersama Pesuruhjaya Hal Ehwal Dalaman dan Migrasi EU, Magnus Brunner, membincangkan cara untuk memperkukuh kerjasama antara Mesir dan Kesatuan Eropah (EU) berkaitan isu migrasi.
Menurut Agensi Berita Qatar (QNA) Abdelatty menekankan kepentingan pendekatan menyeluruh yang mengaitkan migrasi dengan pembangunan sambil menangani punca utama migrasi tidak teratur.
Beliau juga menegaskan keperluan untuk memperkukuh koordinasi berdasarkan kepentingan bersama bagi menyokong kestabilan dan pembangunan di rantau itu.
Selain itu, beliau menggesa agar pelaksanaan projek kerjasama dua hala diteruskan serta memperkukuh perkongsian dalam migrasi secara sah melalui program latihan bersama dan pendidikan teknikal.
-- BERNAMA-QNA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial