Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli and Nur Atiq Maisarah Suhaimi
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Wakil Tetap ke ASEAN (CPR) 6/2025 yang berlangsung pada Ahad membincangkan kerjasama yang sedang berlangsung dengan negara rakan kongsi, khususnya dalam merangka Pelan Tindakan baharu yang akan membentuk kerjasama pada tahun-tahun mendatang.
Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN di Jakarta, Datin Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason berkata, mesyuarat ini adalah sebahagian daripada usaha serantau untuk melaksanakan Wawasan Komuniti ASEAN 2045.
“Mesyuarat ini pada asasnya bertujuan membincangkan hala tuju kerjasama dengan rakan kongsi kita,” katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat itu menjelang Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (Sesi Pleno) ke-58 dan mesyuarat berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Pada masa sama, Sarah berkata jawatankuasa turut meneliti usaha-usaha memperkukuh Sekretariat ASEAN, persiapan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini serta pelan kerja CPR.
Mesyuarat itu disertai oleh wakil tetap dari kesemua 10 negara anggota ASEAN.
Timor-Leste, yang hadir sebagai pemerhati, turut mengambil bahagian dalam mesyuarat itu.
CPR yang berpangkalan di Jakarta merupakan badan penyelaras utama bagi operasi harian ASEAN, menyokong kerja Majlis Penyelaras ASEAN dan memastikan pelaksanaan inisiatif serantau secara berkesan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial