KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan ucapan takziah kepada Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin atas pemergian bapa mertuanya, Datuk Abdul Ghani Ngah.
Anwar menerusi hantaran di Facebook turut mendoakan seluruh keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dalam mendepani ujian berat itu.
“Saya mendoakan yang terbaik serta dikurniakan ketabahan setingginya buat saudara Hamzah sekeluarga atas ujian berat ini, serta roh Almarhum diampunkan segala dosanya, dilapangkan kuburnya serta diberi tempat yang dekat di sisi-Nya, insya-Allah,” kata Perdana Menteri.
Abdul Ghani disahkan meninggal dunia pada 1.45 tengah hari tadi.
Difahamkan Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan mengalami komplikasi dalaman dan sesak nafas selepas terbabit dalam kebakaran di rumahnya pada 19 Jun lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial