BELANJAWAN 2025 > BERITA

KKM Komited Perkukuh Usaha Jadikan Keselamatan Makanan Sebagai Budaya Nasional

05/07/2025 08:35 PM

PUTRAJAYA, 5 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memperkukuh usaha menjadikan keselamatan makanan sebagai budaya nasional, bermula dari dapur setiap rumah hingga ke peringkat industri.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata isu keselamatan makanan bukan hanya isu domestik tetapi cabaran global, dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kira-kira 600 juta orang di seluruh dunia jatuh sakit akibat penyakit bawaan makanan setiap tahun.

“Di Malaysia, walaupun terdapat penurunan 23 peratus kes keracunan makanan bagi tempoh Januari hingga Mei lepas (204 kes) berbanding tahun lepas, masih banyak ruang penambahbaikan terutama meningkatkan literasi makanan dalam kalangan rakyat.

“KKM menerusi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan terus memacu pelbagai inisiatif termasuk pengiktirafan Premis Bersih Bebas Asap (BeBAS), Premis Bersih dan Selamat (BeSS) serta penubuhan Pusat Keselamatan Makanan Negara (NCFS) sebagai pusat kecemerlangan dalam penilaian risiko dan dasar berasaskan sains,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Dzulkefly berkata Ekspo Makanan Selamat (eMAS) 2025 dan Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan yang dilancarkannya pagi tadi, menjadi platform penting untuk memperkukuh kesedaran, advokasi dan kerjasama pelbagai pihak dalam memastikan makanan yang dihidangkan setiap hari adalah selamat, bersih dan berkualiti.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan