BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kru Shenzhou-20 Berjaya Lakukan EVA Kali Kedua

27/06/2025 04:42 PM

BEIJING, 27 Jun (Bernama-CMG) -- Kru Shenzhou-20 berjaya melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA) buat kali kedua mereka di stesen angkasa lepas pada Khamis, kata Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).

Tiga angkasawan iaitu Chen Dong, Chen Zhongrui dan Wang Jie menyelesaikan tugas EVA pada pukul 9.29 malam (waktu Beijing), dibantu dengan lengan mekanikal stesen angkasa lepas serta kumpulan penyelidik dari Bumi.

Chen Dong dan Chen Zhongrui selamat kembali ke modul makmal selepas melakukan operasi EVA selama 6.5 jam.

Pada masa ini, pelbagai eksperimen sains angkasa yang dijalankan oleh kru Shenzhou-20 berjalan lancar.

Bagi fasa seterusnya, mereka turut akan menumpukan usaha untuk menjalankan penyelidikan sains angkasa dan ujian teknologi melibatkan sektor sains hayat angkasa, fizik asas graviti rendah, sains bahan angkasa, perubatan angkasa, dan teknologi baharu angkasa.

 -- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan