BELANJAWAN 2025 > BERITA

Malaysia-Singapura Bincang Kerjasama Kukuh Agenda Kesukarelawanan Belia Serantau - Aaron

26/06/2025 11:37 AM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Singapura bercadang meningkatkan kerjasama serantau dalam memperkasakan agenda kesukarelawanan belia dan pemupukan nilai perpaduan rentas sempadan, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata perkara itu dibincangkan semasa kunjungan hormatnya ke atas Pemangku Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura David Neo di negara itu.

"Perbincangan telah menyentuh cadangan untuk mewujudkan program pertukaran sukarelawan dan pembangunan rangkaian kolaboratif antara organisasi sukarelawan belia kedua-dua negara," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Aaron turut berkongsi mengenai inisiatif di bawah Kementerian Perpaduan Negara, termasuk peranan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang aktif melaksanakan misi Sukarelawan Siswa MADANI Berkhidmat merentas negeri dan negara. 

Beliau berkata usaha itu sejajar dengan komitmen Malaysia untuk membina belia yang berdaya tahan, berjiwa perpaduan dan berwawasan global.

Aaron berada di Singapura bagi memenuhi jemputan Kementerian Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Masyarakat Bersepadu (ICCS) 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan