IPOH, 24 Jun (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 42 tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM4,370.80 yang disimpan tanpa kebenaran selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Matang Kamunting, Taiping, semalam.
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata serbuan menerusi Ops Gasak 2025 itu dijalankan pada 10.30 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping.
"Sepasang suami isteri berusia 54 dan 44 tahun disiasat dan didapati gagal mengemukakan sebarang bukti bagi penyimpanan tong gas LPG pelbagai saiz itu.
“Hasil pemeriksaan menemukan 26 tong LPG 14 kilogram, 14 tong LPG 12 kilogram serta dua tong kosong LPG 14 kilogram yang diletakkan di hadapan rumah pasangan terbabit," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi, dan tindakan lebih tegas termasuk pendakwaan di mahkamah akan diambil.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial