BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kilang Kitar Semula Musnah Terbakar, 20 Pekerja Terselamat

25/06/2025 06:31 PM

KLANG, 25 Jun (Bernama) -- Sebuah kilang kitar semula musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Meru, dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.14 tengah hari sebelum menggerakkan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba didapati sebuah kilang berkeluasan 6,000 kaki persegi sedang terbakar dan operasi pemadaman segera dijalankan sebelum api merebak ke kilang bersebelahan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi melibatkan 22 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, Klang Utara, Klang Selatan dan Bukit Jelutong menggunakan empat jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua lori tangki air.

Ahmad Mukhlis berkata siasatan awal mendapati semasa kejadian kilang itu sedang beroperasi membabitkan 20 pekerja yang sempat menyelamatkan diri.  

Menurutnya tiada kehilangan nyawa dilaporkan serta punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan