BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kebakaran Gudang: Ranhill Saj Sedia Beri Kerjasama Bantu Siasatan Pihak Berkuasa

24/06/2025 10:02 PM

JOHOR BAHRU, 24 Jun (Bernama) -- Operator air Johor, Ranhill SAJ bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung siasatan berkaitan dakwaan tekanan air rendah menjadi punca sebuah syarikat kerugian jutaan ringgit selepas gudangnya di Kluang terbakar pada April lepas.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan bahawa kerjasama yang diberikan itu, termasuk penyediaan laporan lengkap bagi membantu siasatan.

Ranhill SAJ menegaskan bahawa pihaknya sentiasa komited dalam memastikan sistem bekalan air terawat berada dalam keadaan optimum.

“Ini termasuk memastikan semua keperluan penting termasuk kemudahan bagi operasi kecemasan berada dalam keadaan baik,” menurut kenyataan itu. 

Syarikat itu sentiasa komited memastikan sistem bekalan air terawat berada dalam keadaan optimum., 

“Ranhill SAJ menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan