BELANJAWAN 2025 > BERITA

MOM Senarai Pendek Calon CDM, Timbalan Ke Sukan SEA Thailand

24/06/2025 10:25 AM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sudah mempunyai senarai pendek calon Ketua Kontinjen (CDM) dan timbalannya ke Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau akan berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk membincangkan perkara berkenaan sebelum calon dimuktamadkan.

“Isu di sini ialah dari segi logistik kerana kita tahu Sukan SEA kali ini berlangsung di tiga tempat iaitu Songkhla, Chonburi dan Bangkok. Kita akan bincang perkara ini apabila CDM dan timbalannya dilantik.

“Jadi, kita akan meneliti tiga atau empat personaliti dan ia adalah gabungan pentadbir dari MOM, bekas atlet dan wakil persatuan,” katanya.

Sebelum ini, Majlis Sukan Negara (MSN) meminta MOM untuk mempercepat pelantikan CDM dan Timbalan CDM serta pengurus pasukan bagi menghadapi temasya dwitahunan itu yang dijadualkan pada 9 hingga 20 Dis ini.

Ketua Pengarah MSN Jefri berkata pelantikan awal penting bagi memastikan peracangan dan penyelarasan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur khususnya bersama persatuan sukan kebangsaan dan pihak berkepentingan lain.

Sementara itu, Mohamad Norza berkata MOM akan berbincang dengan MSN berhubung rekaan baharu bagi pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan SEA Thailand tahun ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan