BERITA TERGEMPAR   Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | 
 BELANJAWAN 2025 > BERITA

Sivasangari Bermula Goyah Kempen Final Jelajah PSA 2024/2025

24/06/2025 09:21 AM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pemain skuasy wanita negara S Sivasangari memulakan  kempen Final Jelajah PSA 2024/2024 dengan langkah kurang menjadi apabila tewas kepada pilihan kedua dari Amerika Syarikat, Olivia Weaver dalam aksi sulung Kumpulan B, pada Isnin.

Pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan semangat juang tinggi sepanjang tempoh 32 minit pertarungan di Revival Film Studi, Toronto, namun masih belum dapat menyekat kehebatan lawannya yang juga keempat dunia.

Sivasangari terpaksa akur tunduk 9-11, 9-11.

Atlet kelahiran Sungai Petani, Kedah itu dijadualkan berdepan Fayrouz Aboelkheir dari Mesir dalam perlawanan kedua Kumpulan B hari ini.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, wakil Jepun Satomi Watanabe menewaskan Aboelkheir 11-7, 9-11, 12-11.

Berdasarkan format perlawanan, hanya dua pemain terbaik setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan